Sunday, December 14, 2014

Pemasangan Antena HF




Operasi memasang antena HF di BSMM Cawangan Negeri Terengganu akhirnya siap sepenuhnya. Terima kasih kepada Sifu Amir kerana sudi datang ke Kuala Terengganu untuk memasang kemudahan radio komunikasi di pejabat kami. Terima kasih juga rakan radio amatur En. Budi dan En. Wan Halim kerana sudi membantu dalam proses pemasangan.
Semoga dengan adanya radio komunikasi ini, dapat mewujudkan hubungan erat antara BSMM Cawangan Terengganu dengan Cawangan-cawangan lain dan juga IPK khususnya.

Wednesday, November 19, 2014

Kursus Kejurulatihan Guru Penasihat BSMM Sekolah Negeri Terengganu 2014







Kursus Kejurulatihan Guru Penasihat BSMM Sekolah Negeri Terengganu diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai jurulatih yang bertauliah di sekolah-sekolah di negeri Terengganu. Jurulatih-jurulatih ini diharap dapat mencurahkan segala ilmu yang diperolehi kepada pelajar-pelajar di sekolah dan seterusnya dapat menarik mereka untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti sukarela apabila tamat zaman persekolahan.

Sunday, October 19, 2014

Bengkel Penyelarasan SOP Pengurusan Bencana, Radio Komunikasi dan Perkhidmatan Ambulans Kebangsaan BSMM

Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM, telah mengadakan Bengkel Penyelarasan SOP Pengurusan Bencana, Radio Komunikasi dan Perkhidmatan Ambulan Kebangsaan BSMM pada 16 hingga 19 Oktober 2014 bertempat di Hotel Pelangi Kousa, Muar Johor. Cawangan Terengganu diwakili oleh Tuan Pengarah dan juga Tuan Setiusaha Kehormat.
Di bengkel tersebut peserta telah didedahkan dengan SOP pengurusan bencana dan terlibat dengan penambahbaikkan SOP tersebut. Selain itu, bengkel tersebut juga memdedahkan kepada para peserta dengan kaedah mengendalikan radio komunikasi.
Sebagai antara peneraju yang dibertanggungjawan menaikkan nama BSMM Cawangan Terengganu, kami berdua mengambil peluang semaksimanya untuk menimba ilmu melalui bengkel tersebut dan juga rakan-rakan dari IPK dan cawangan lain.







Thursday, August 21, 2014

Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agong Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Terengganu yang di adakan pada 14 Ogos 2014 telah menerima sebulat suara AJK Protem yang dicadangkan. Oleh itu secara rasminya AJK Protem telah dipilih dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap BSMM Cawangan Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato' Adzlan bin Mohd Dagang selaku Datuk Bandar Kuala Terengganu. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh wakil-wakil dari jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kehadiran wakil-wakil dari jabatan kerajaan ini diharap dapat menjalinkan hubungan yang baik antara BSMM Cawangan Negeri Terengganu dan jabatan-jabatan tersebut.
Semoga dengan Ahli Jawatankuasa Baru ini, BSMM dapat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan lebih berkesan.

Annual General Meeting of the Malaysian Red Crescent Branch State that was held on August 14, 2014 have received the pro-tem committee members unanimously recommended. Thus the pro-tem committee members were formally elected and appointed to the Standing Committee of the State Branch, chaired by Dato 'Adzlan bin Mohd Dagang as the Mayor of Kuala Terengganu. This meeting was also attended by representatives from government departments such as the Department of Education, Department of Health, Department of Social Welfare and the Department of Youth and Sports State. The presence of representatives from government departments are expected to establish a good relationship between the State Branch and the departments.
Hopefully with this new committee members, the MRC will undertake social activities more effectively.



Mesyuarat Agong 2014

Monday, August 18, 2014

Perkhemahan KRS Kebangsaan

Seramai 25 ahli termasuk pegawai BSMM Cawangan Negeri Terengganu telah ditugaskan di Perkhemahan KRS Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Kem Pengakap Tunku Mahkota Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Alhamdullillah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Selama tempoh 6 hari perkhemahan seramai 215 orang kadet telah dirawat oleh Pasukan Petugas Kecemasan yang bertugas.
Terima kasih kepada semua petugas yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Hakim Pertandingan Bantu Mula


Sebahagian dari petugas
A total of 25 members including the State Branch officers have been assigned to the National KRS Camp held at Camp Scout Tunku Mahkota Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Thankfully duties and responsibilities were accomplished successfully. Over a period of 6 days camp were 215 cadets were treated by the Emergency Task Force in charge.
Thank you to all the staff who have responsibilities with dedication and responsibility.

Saturday, August 9, 2014

General Meeting 2014

Malaysian Red Crescent Branch State will hold a general meeting for the first time under new management chaired by Dato 'Adzlan bin Mohd Dagang, Mayor of Kuala Terengganu City Council of the City Waterfront.

Information meeting will be held as follows:

Date    : August 14, 2014 (Thursday)
Time    : 9 am
Venue  : Meeting Room Cempaka, (Office of the Mayor of Kuala Terengganu) 8th Floor Permint, Jalan                     Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

All the pro-tem committee member who has been accepted and approved by the National Executive Board in June 2014 in ask to attend.



Events / Agenda

9:00 am  : Registration
9.30       : 1 Speech Dato 'Chairman
              : 2 sessions introduce yourself
                a. pro-tem committee members
                b. Branch Chairman

            : 3. Branch State Selection Committee
            : 4. Average duty every member of the committee
            : 5. MRC Office
            : 6. Vehicles
            : 7. Report each branch
            : 8. Other matters.

11:30 Disperse and Banquet

Mesyuarat Agong 2014

Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Terengganu akan mengadakan mesyuarat agung buat julung kalinya di bawah pengurusan baru yang di pengerusikan oleh Dato' Adzlan bin Mohd Dagang iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Bandaraya Pesisir Air.
Mesyuarat akan diadakan sebagaimana maklumat di bawah:

Tarikh     : 14 Ogos 2014 (Khamis)
Masa      : 9 Pagi
Tempat   : Bilik Mesyuarat Cempaka, (Pejabat Datuk Bandar Kuala Terengganu)
                Tingkat 8, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Semua Ahli Jawatankuasa Protem yang telah di terima dan diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bulan Jun 2014 di minta hadir.



Aturcara/Agenda

9.00 pagi   : Pendaftaran
9.30 pagi   : 1. Ucapan Dato’ Pengerusi
                   : 2. Sesi perkenalkan diri
a.     AJK Protem
b.    Pengerusi Cabang

: 3. Pemilihan AJK Cawangan Negeri Terengganu
: 4. Perincian tugas setiap AJK
: 5. Pejabat BSMM
: 6. Kenderaan
: 7. Laporan setiap Cabang
: 8. Hal-hal lain.



11.30 pagi : Jamuan dan bersurai